Pada pagi ini kita dikejutkan dengan berita bahawa Xiaomi telah disenarai hitam dari pelaburan oleh Amerika. Akibatnya jika ada pelabur Amerika yang melabur dalam senarai syarikat yang disekat ini, mereka perlu melupuskan pegangan pelaburan mereka sebelum 11 November 2021.

Xiaomi kini pantas mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Menurut Xiaomi, mereka menafikan dakwaan bahawa mereka adalah syarikat dimiliki oleh ketenteraan China, dan bukan juga dikawal oleh tentera China

 

Xiaomi menambah akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menjaga kepentingan syarikat dan juga pemegang saham.

Sekatan pelaburan Amerika kepada syarikat Xiaomi turut memberi kesan terhadap harga pasaran Xiaomi yang jatuh merudum lebih dari 14% pada satu-satu masa.

Buat masa ini, mereka sedang melihat dan mengkaji akibat dari sekatan tersebut dengan lebih mendalam untuk memahami impak terhadap syarikat.

Menurut kenyataan yang sama, Xiaomi akan mengumumkan kenyataan lebih lanjut tidak lama lagi.

Sumber: CNBC