Kerjasama syarikat telefon pintar dengan kejohanan e-sukan bukanlah satu perkara asing lagi terutama untuk kejohanan permainan mudah alih.

Terkini, Xiaomi menjadi rakan rasmi telefon pintar untuk kejohanan e-sukan PUBG Mobile di Asia Tenggara dan Eropah bagi tahun 2021.

Dengan ini, telefon pintar Xiaomi bakal digunakan pada kejohanan PUBG Mobile National Championship (PMNC) yang akan berlangsung bulan hadapan.

Baca juga – Xiaomi Umum Sistem Pengecasan Pantas HyperCharge Terbaru

Sejajar dengan kerjasama ini, Xiaomi akan mengetengahkan Redmi Note 10, telefon pintar flagship mampu milik dengan pengalaman permainan terbaik.

Seterusnya, showmatch antara pemain PMPL dan peminat akan diadakan selama empat hari pada 19-20 Jun dan 3-4 Julai. Pendaftaran akan dibuka pada 4 Jun di Mi Community dan setiap pemenang perlawanan akan menerima telefon pintar Redmi Note 10.

Baca juga – POCO M3 Pro 5G Rasmi, Telefon 5G Termurah Di Malaysia

Ikuti laman Facebook Xiaomi Malaysia, PUBG Mobile Esports Malaysia, dan pasukan RSG untuk maklumat terkini.

Sumber: siaran akhbar Xiaomi