Xiaomi mungkin telah mula menguasai pasaran telefon pintar hampir di seluruh pelusuk dunia. Tetapi sebenarnya masih terdapat lagi negara-negara yang masih belum lagi membawa masuk telefon pintar Xiaomi secara rasmi ke pasaran mereka.

Antara negara-negara yang masih belum membawa masuk secara rasmi peranti Xiaomi ke dalam pasaran mereka adalah seperti Cuba, Syria, Iran, Korea Utara, Sudan dan Crimea.

Sebelum ini pengguna-pengguna peranti Xiaomi di negara-negara itu tidak berdepan masalah untuk mengaktifkan peranti Xiaomi.

Namun begitu ia kini berubah selepas Xiaomi mengubah polisi mereka menyebabkan pengguna Xiaomi di negara-negara tersebut menerima mesej yang berbunyi begini;

Xiaomi policy does not permit sale or provision of the product to the territory in which you have attempted to activate it. Please contact the retailers directly for additional information.”.

Respon terhadap isu tersebut, jurucakap Xiaomi memberitahu tindakan menyekat peranti Xiaomi dari diaktifkan di negara-negara terbabit adalah untuk pihak mereka menjalankan siasatan kes penyeludupan dan bagi menghalang daripada berlaku penyalahgunaan data keselamatan dan hak pengguna.

Jurucakap Xiaomi itu juga memaklumkan mereka telah memperoleh hasil siasatan yang baik dan telefon pintar Xiaomi yang disekat sudah boleh diaktifkan semula.

Sumber: Global Times, GizChina