Pada Mei lalu, Xiaomi telah pun mengumumkan sistem pengecasan pantas baharu yang mampu mengecas peranti sehingga 200W untuk berwayar dan 120W tanpa wayar.

Pengecas pantas yang secara rasminya dikenali sebagai HyperCharge itu didakwa mampu mengecas penuh 100% bateri peranti hanya dalam masa 8 minit sahaja.

Cuma Xiaomi tidak menyatakan bilakah pengecas itu akan ditawarkan kepada pengguna.

Tetapi kini terdapat ura-ura yang mengatakan Xiaomi akan memulakan pengeluaran pengecas Xiaomi HyperCharge 200W itu secara besar-besaran seawal Jun tahun hadapan.

Teknologi pengecasan sepantas ini sememangnya amat dinanti-nantikan kerana ia dapat memendekkan masa tipikal pengecas peranti yang ditawarkan ketika ini iaitu sekitar 1 jam atau lebih.

Cuma masih menjadi persoalan adalah, adakah ia selamat digunakan? Bagaimana pelepasan habanya dan yang paling penting adalah apakah kesannya terhadap jangka hayat bateri?

Sumber: GSMArena

Baca juga: Pengecasan Pantas 200W Xiaomi Beri Kesan Pada Hayat Bateri