Xiaomi didakwa sedang mempersiapkan kereta elektrik pertama mereka – MS11. Xiaomi telah lama memasuki dan membangunkan kereta elektrik mereka untuk pasaran ini.
Baru-baru ini, xiaomi telah memperlihatkan kereta elektrik MS11 tersebut di kawasan umum. Berdasarkan gambar di bawah, kereta elektrik itu tampak dengan rekaan fastback-styled dengan rim bersaiz 19 inci.
Port pengecasan dilihat berada di sebelah kiri kenderaan ini. Mengikut sumber, kereta ini akan hadir dalam 2 pilihan:
- Versi 400V dengan bateri BYD lithium iron phosphate blade.
- Versi 800V dengan bateri CATL ternary Kirin.
Xiaomi menyatakan MS11 akan dilengkapi dengan teknologi terkini, mempunyai AI tersendiri dan kemampuan pemanduan kendiri.
{suggest}
Buat anda yang tertanya-tanya, Xiaomi MS11 ini dilaporkan bakal hadir pada pertengahan pertama tahun 2024 depan.
Sumber: Gizmochina
Gambar utama: Gizmochina