Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Dilapor Mahu Hasilkan Telefon Boleh Lipat Kompak

Posted on Jun 6, 2023Jun 6, 2023

Jika bercakap mengenai telefon boleh lipat, Xiaomi tidak asing lagi dalam segmen pasaran berkenaan. Syarikat itu telah melancarkan Mix Fold dan Mix Fold 2.

Namun, sehingga kini Xiaomi belum lagi memperkenal telefon boleh lipat jenis clamshell.

{suggest}

Dalam laporan terbaharu, Digital Chat Station menyatakan Xiaomi dalam usaha untuk membangunkan peranti boleh lipat kompak. Ia mungkin tidak begitu mengejutkan, memandangkan OPPO, Huawei dan vivo telah memperkenal telefon flip mereka.

Sebagai tambahan, peniris terkenal itu mendakwa peranti tersebut akan menjadi sangat ringan dan nipis.

Jika dilancarkan kelak, ia mungkin menjadi saingan kepada siri Galaxy Z Flip, Motorola Razr, OPPO Find N2 Flip dan lain-lain.

Namun begitu, seperti Mix Fold, peranti ini berkemungkinan hanya terhad untuk pasaran China sahaja. Sehingga itu, nantikan sahaja pengumuman Xiaomi pada masa akan datang.

Sumber: Android Authority

Gambar utama: LetsGoDigital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress