Pada Julai lalu, beberapa produk baharu Xiaomi telah menerima pengesahan. Antara yang sudah diperkenalkan adalah Mi Pad 5 dan Xiaomi Mix 4. Namun, sebuah lagi yang belum muncul adalah Xiaomi CC11.

Terbaru, telefon tersebut melepasi pengesahan TENAA pula dan dijangka ia tiba tidak lama lagi serta menawarkan dua varian. Selain itu, Xiaomi CC11 ini mungkin dinamakan sebagai siri Xiaomi Note 11 memandangkan Xiaomi CC9 di Malaysia adalah Xiaomi Mi Note 10.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi CC11 menampilkan skrin 6.55 inci AMOLED dan mungkin hadir dengan kadar penyegaran 90Hz. Di dalamnya mungkin mempunyai cip Snapdragon 778G atau 780G bersama-sama memori hingga 12GB RAM serta storan sehingga 512GB.

Tambahan lagi, ia turut dijangka menerima naik taraf kamera utamanya, mempunyai IR blaster, Android 11, bicu audio 3.5mm serta rangkaian 5G.

Walau apa pun, Xiaomi sedia mengadakan acara pada 15 September ini yang mana berkemungkinan siri Xiaomi 11T akan diumumkan.

Sumber: mysmartprice

Baca juga: