Semenjak orang ramai bekerja dan belajar serta mengajar dari rumah, permintaan pasaran tablet dilihat semakin meningkat. Bahkan, banyak jenama lain yang mahu mengeluarkan tablet juga seperti realme, OnePlus dan vivo.

Xiaomi pun sebenarnya mempunyai tablet mereka dan kali terakhir dilihat adalah menerusi Mi Pad 4 pada tahun 2018. Nampaknya kini mereka membuat kemunculan semula dimana bakal melancarkan Mi Pad 5 tidak lama lagi.

Baru-baru ini, terdapat poster yang dimuat naik di weibo yang memperlihatkan spesifikasi utama tablet tersebut. Ia mungkin dilengkapi cip Snapdragon 860, paparan 2K dengan kadar penyegaran 120Hz, sokongan pengecasan 67W dan kamera belakang 48MP.

Tambahan lagi, berdasarkan pengesahan 3C, terdapat dua varian bagi Mi Pad 5 dimana ia dikuasakan Snapdragon 870. Dari segi rekaan, ia mirip seperti khabar angin sebelum ini tetapi sedikit perbezaan pada modul kameranya.

Sementara itu, beberapa peranti lain yang turut menerima pengesahan 3C, iaitu Mi 11 CC 11 dan telefon yang dinanti-nantikan kemunculan kembali – Mi Mix 4. Kesemua peranti tersebut dijangka dilancarkan pada bulan hadapan.

Sumber: gizmochina

Baca juga artikel berkaitan: