Walaupun telefon pintar Huawei kian pudar di pasaran global, ia tidak dapat menghalang jenama gergasi lain dari China untuk bersaing.

Menurut laporan Counterpoint Research, mereka menyatakan Xiaomi berjaya memintas Samsung sebagi pengeluar telefon terbesar dunia pada bulan Jun 2021.

Biarpun tempoh yang dirasai Xiaomi itu hanyalah seketika tetapi Samsung kini mempunyai pencabar baharu yang semakin hari semakin menunjukkan peningkatan positif.

Seperti yang dinyatakan, dengan Huawei yang semakin hilang, LG pula yang menjadi tinggalan sejarah, hanya Xiaomi sahaja mampu memberikan saingan sengit buat jenama besar seperti Samsung dan Apple terutama dalam perniagaan telefon pintar.

Sementara itu, apa yang menarik adalah Xiaomi dan Samsung akan mengadakan acara pelancaran pada minggu hadapan dimana masing-masing bakal memperlihatkan teknologi baharu dalam telefon menerusi Mi Mix 4 serta Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3.

Mungkin kita akan lihat Xiaomi akan terus memberi tekanan terhadap Samsung memandangkan mereka sering menampilkan peranti yang lebih mampu milik.

Terdahulu, Xiaomi juga telah menjadi pengeluar telefon terbesar buat pasaran Eropah pada suku kedua 2021.

Sumber: counterpoint

Baca juga artikel berkaitan: