Xiaomi mengesahkan tarikh acara yang akan berlangsung pada 15 September 2021 yang mana mereka bakal melancarkan beberapa produk baharu semasa hari tersebut.

Apa yang kita boleh jangkakan adalah peranti Mix 4 dan Xiaomi Pad 5 akan rasmi secara global yang seperti diketahui ia telah dilancarkan secara rasmi di China awal bulan ini.

Selain itu, mungkin juga Xiaomi bakal memperkenalkan siri Mi 11T serta Mi 11 Lite NE kerana kedua-dua telefon tersebut telah menerima pengesahan SIRIM.

Bagi yang berminat, acara ini boleh ditonton menerusi akaun rasmi Xiaomi di Facebook, YouTube dan juga Twitter.

Sumber: Xiaomi

Baca juga: