Kantar baru sahaja melaporkan senarai jenama paling bernilai tahun 2021 menerusi laporan BrandZ. Apa menariknya, Xiaomi mengatasi jenama BMW dan berada di belakang Budweiser, sebuah jenama minuman alkohol.

Ia sebenarnya menunjukkan peningkatan 11 anak tangga berbanding pada tahun 2020. Ia tidak menghairankan kerana mereka sering menampilkan peranti yang baik tetapi harga mampu milik.

Bahkan, laporan bulan lalu juga menunjukkan Xiaomi adalah jenama nombor satu di Malaysia setakat suku pertama 2021.

Bagi jenama besar yang lain, Samsung berada pada kedudukan ke-42. Sementara Huawei sudah mula menurun dan kini berada di kedudukan ke-50.

Manakala ini adalah senarai 10 kedudukan jenama paling bernilai di dunia untuk tahun 2021:

  1. Amazon
  2. Apple
  3. Google
  4. Microsoft
  5. Tencent
  6. Facebook
  7. Alibaba
  8. VISA
  9. McDonalds
  10. Mastercard

Sumber: Siaran Media Xiaomi, Kantar

Baca juga –¬†Peranti Yes Terbakar, Xiaomi Beri Peranti Redmi Percuma Sebagai Ganti

Baca juga –¬†Xiaomi Mi Mix 4 Mungkin Lebih Mahal Dari Mi 11 Ultra Dan Ada Kamera Bawah Paparan