Xiaomi menerusi laman Twitter rasmi mereka sebentar tadi mengumumkan mereka akan mengadakan satu acara khas bagi membentangkan teknologi produk konsep terbaru mereka.

Daripada hantaran itu, tyidak dapat dipastikan produk konsep apakah yang akan diumumkan Xiaomi nanti.

Tetapi menurut Digital Chat Station, produk tersebut tiada kena mengena dengan telefon pintar. Sebaliknya adalah sepasang cermin mata pintar.

Kehadiran cermin mata pintar Xiaomi ini tidak lama selepas Facebook dengan kerjasama Ray Ban memperkenalkan cermin mata¬†Ray-Ban Stories. Ia merupakan sebuah cermin mata pintar yang mempunyai beberapa fungsi menarik tetapi masih lagi ‘style’ apabila dipakai.

Selain daripada produk konsep, Xiaomi juga akan mengumumkan model terbaru bagi siri telefon pintar Xiaomi 11T beserta pengecas hyper 120W dalam minggu ini.

Sumber: Gizmo China

Baca juga: