Xiaomi dilaporkan bakal melancarkan sebuah telefon pintar baharu yang mana ia muncul dalam senarai TENAA dengan nombor model 2109119BC dan dipercayai milik Xiaomi CC11 Pro.

Berdasarkannya, peranti tersebut tampil dengan skrin 6.55 inci OLED beresolusi 3840×2160 atau 4K. Selain itu, dikatakan juga ia datang dengan bateri 4400mAh, cip pemproses 8-teras 2.4GHz dengan padanan memori hingga 16GB dan hingga 512GB storan dalaman.

Dengan pelbagai pilihan warna ditawarkan, ia turut dilengkapi 64MP lensa utama dan dua lagi lensa 8MP.

Oleh itu, mungkin terdapat dua model baharu diperkenalkan kerana bulan lalu, Xiaomi CC11 juga dijangka hadir tidak lama lagi. Sekiranya tiba di Malaysia, ia akan menggunakan nama Xiaomi Note 11.

Sumber: gsmarena

Baca juga: