Salah satu punca ‘perang’ antara Android dan iOS dalam kalangan pengguna adalah disebabkan kebebasan menggunakan telefon. ‘Sideloading Apps’ atau memasang aplikasi daripada sumber selain gedung Google Play dengan mudah memang diminati. Itulah keseronokan serta keindahan bagi pengguna Android.

Bagaimanapun, Xiaomi kini dilaporkan sedang menguji sistem operasi MIUI Pure Mode yang mana keseronokan seperti dinyatakan diatas akan terhenti.

Ciri ini secara tidak langsung tidak membenarkan penggunanya untuk ‘sideloading’ aplikasi ke dalam peranti Xiaomi mereka sebaik sahaja “pure mode” diaktifkan. Namun, fungsi ini boleh diaktifkan atau dimatikan pada bila-bila masa sahaja.

Tujuan “pure mode” ini dicipta adalah untuk melindungi keselamatan dan dapat mencegah aplikasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Xiaomi menyatakan sebanyak 40% APK yang dimuat turun ke dalam telefon tidak melepasi pemeriksaan keselamatan dan 10% dikenalpasti sebagai aplikasi berisiko.

Buat masa sekarang, ia masih lagi diuji oleh beberapa pengguna beta di China dan belum pasti bilakah akan ditawarkan.

Sumber: ithome

Baca juga: