Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 13

Xiaomi 13 Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2 Mungkin Dilancar Lebih Awal

Posted on Jun 27, 2022Jun 27, 2022

Walaupun telefon Xiaomi 12 Ultra masih belum dilancarkan, telah timbul spekulasi bahawa Xiaomi 13 sudah dalam pembikinan.

Menurut laporan dari GizChina, syarikat tersebut dikhabarkan akan melancarkan telefon pintar Xiaomi 13 pada November 2022.

Dalam pada itu juga, berkemungkinan peranti tersebut akan dikuasakan oleh cip pemproses terbaharu dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2.

Ini bermakna jika ia benar, Xiaomi akan menjadi syarikat pertama yang akan menyediakan telefon pintar kepada orang ramai dengan cip terbaharu Qualcomm.

Walau bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi dari Xiaomi berkenaan hal ini.

Apa yang pasti, Xiaomi 12 Ultra akan hadir pada bulan Julai ini dan dijana oleh cip Snapdragon 8+ Gen 1 SoC.

Sumber: GizChina

Gambar utama: GizmoChina

Baca juga:

  • CEO Xiaomi, Lei Jun Dedahkan Beliau Guna 4 Telefon Ini Serentak
  • Qualcomm: Makin Tinggi ‘Demand’ Peranti Premium, Makin Sembuh Industri Cip
  • Snapdragon 8+ Gen 1 Dan Snapdragon 7 Gen 1 Rasmi, Peranti Pertama Seawal Julai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress