Selain melancarkan siri telfon pintar flagship Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro, Xiaomi juga turut perkenalkan telefon pintar Xiaomi 11 Lite 5G NE.

Xiaomi 11 Lite 5G NE ditawarkan dalam Snowflake White,  Bubblegum Blue, Peach Pink dan Truffle Black.

Hanya senipis 6.81mm dan seberat 158g sahaja menjadikan Xiaomi 11 Lite 5G NE ini amat selesa dipegang.

Xiaomi 11 Lite 5G NE juga dilengkapi dengan ciri-ciri premium seperti paparan AMOLED dengan kadar segar 90Hz serta audio Dolby Vision.

Ia juga dilengkapi dengan kamera utama berkuasa 64MP, kamera ultar lebar serta kamera telemakro. Kamera Xiaomi 11 Lite 5G NE juga menyokong ciri mod Malam.

Xiaomi 11 Lite 5G NE dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G dengan capaian 5G.

Ia juga dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4250mAh serta menyokong pengecasan pantas 33W.

Xiaomi 11 Lite 5G NE berharga €369 (~RM2126) bagi varian 6GB+128GB dan €399 (~RM2298) bagi varian 8GB+128GB.