Microsoft baru sahaja mengesahkan tarikh dimana sistem operasi Windows generasi baharu akan diperlihatkan tidak lama lagi, iaitu 24 Jun ini.

Baca juga – Adakah Anda Tunggu Dahulu Atau Terus Mengemas Kini Windows 10 Komputer Anda?

Jika anda mengharapkan “Windows 11”, ia mungkin terjadi dan mungkin tidak. Hal ini kerana sebelum ini mereka sudah pun menguji beberapa antara muka baharu dengan kod nama ‘Sun Valley’.

Sumber: microsoft

Melaluinya, ia bakal menawarkan Start menu baharu, susun atur Taskbar, ikon, audio, aplikasi direka semula dan animasi lebih lancar.

Mereka juga mengatakan untuk membawa beberapa ciri Windows 10X ke dalam versi penuh di komputer.

Oleh itu, mari kita tunggu dan lihat apakah yang menarik dalam Windows baharu tersebut serta diharapkan ia lebih stabil dan baik berbanding sebelum ini.

Baca juga – Perbandingan Harga Storan Awan – Apple, Google, Microsoft, Mana Paling Berbaloi

Sumber: windows central