Beberapa hari lepas Microsoft telah memperkenalkan Windows 365, sebuah servis Cloud PC yang boleh diakses pelbagai peranti melalui pelayar web.

Menurut Windows, servis ini menawarkan pengalaman menggunakan PC versi Windows 10 atau 11 secara atas awan. Hanya perlu membuka pelayar web moden di sebarang peranti seperti Linux, Mac, iPad, mahupun Android.

Servis pantas ini difokuskan terutama kepada golongan pekerja dan perniagaan (untuk pengguna perniagaan sahaja) untuk memudahkan akses untuk menyelesaikan tugasan. Segala aplikasi, data, dan tetapan kerja akan kekal sama walaupun beralih ke peranti berbeza.

Windows 365 yang dikuasakan oleh Azure Virtual Desktop ini hadir dengan penawaran konfigurasi sehingga 32GB RAM dan 512GB storan. Microsoft turut menyediakan 12 pilihan konfigurasi lain untuk edisi perniagaan dan perusahaan.

Selain akses mudah dan pantas, servis ini juga mementingkan keselamatan data yang disimpan dijamin selamat di dalam awan dan sentiasa di kemas kini.

Windows akan mengumumkan harga langganan Microsoft 365 pada 2 Ogos ini.

Sumber: siaran akhbar Microsoft

Baca juga –¬†Hanya Komputer Yang Ada 2 Perkakasan Utama Ini Akan Menyokong Ciri Keselamatan Terbaru Pelayar Microsoft Edge

Baca juga – Microsoft Melepaskan Kemas Kini Kumulatif Terbaru Bagi Windows 10