Microsoft sudah mula mengedarkan kemas kini utama (major update) untuk Windows 11. Berikut adalah antara ciri dan perkara baharu diperkenal.
- Menu Start
- Pengguna kini boleh cipta folder aplikasi di Start.
- Tarik mana-mana ikon dipaparkan dan leret ke ikon aplikasi lain untuk cipta folder baharu.
- Microsoft juga benarkan anda untuk mengubah saiz kawasan aplikasi yang dipin. Jadi, kawasan aplikasi yang disaran boleh dikurangkan.
- Tab dalam File Explorer
- Anda boleh membuka beberapa folder dalam satu tetingkap File Explorer.
- Tak perlu lagi buka beberapa tetingkap File Explorer untuk buka folder berasingan.
- Ia semacam tab dalam pelayar web seperti Chrome.
- Susun atur Snap untuk tetingkap dalam satu skrin
- Ciri Snap membolehkan anda membuka beberapa tetingkap dalam satu skrin.
- Contohnya, 2 tetingkap bersebelahan.
- Dalam kemas kini terbaru, ada 6 pilihan susun atur diberikan pada pengguna berbanding sebelum ini .
- Windows Studio
- Windows Studio hadir dengan kesan audio dan kamera akan bantu pengguna terutama ketika persidangan maya, dibanti dengan AI.
- Voice Focus akan menapis hingar di latar agar suara anda didengari.
- Background Blur untuk kaburkan bahan visual selain anda.
- Automatic Framing agar kamera kekal dengan anda semasa anda bergerak.
- Penyunting video terbina, Clipchamp
- Anda kini boleh buat suntingan asas seperti potong video dan lain-lain tanpa perlu memasang perisian pihak ketiga kerana Chipchamp terbina dalam Windows 11.
- Ia juga hadir dengan templat serta effect.
- Permainan
- Ciri Auto HDR dan Variable Refresh Rate kini tersedia ketika pengguna bermain game.
- Melalui aplikasi Xbox, anda juga boleh mengakses Game Pass terus daripada Windows 11.
- Controller baw Xbox kini hadir dengan sedikit perubahan antara muka, memudahkan pengguna menavigasi.
- Smart App Control
- Ciri ini akan akan menyekat perisian, script yang tidak dipercayai daripada berjalan
- Smart App Control boleh menjangka keselamatan perisian dalam masa nyata sebelum ia berjalan.
- Namun, untuk hidupkannya, pengguna perlu melakukan clean install kerana ia perlu berjalan sejak awal sistem digunakan untuk memastikan tiada sebarang perisian berbahaya telah berjalan.
- Mesra alam
- Windows berkata jika PC sedang disambung dengan sumber kuasa dan internet serta mempunyai tentang kadar karbon tersedia, sistem akan menjadualkan pemasangan kemas kini pada waktu tertentu berdasarkannya.
- Ini adalah untuk mengurangkan pelepasan karbon.
- Microsoft juga telah mengubah tetapan berkaitan Sleep dan Screen Off untuk alasan sama.
- Sari kata secara langsung, Live Captions
- Mainkan video daripada mana-mana platform, Windows akan sediakan sari kata secara langsung pada skrin anda.
- Buat masa ini, ia hanya kesan bahasa Inggeris.
- Untuk hidupkannya, tekan butang Windows + CTRL + L serentak.
- Anda boleh pilih posisi sari kata tersebut.
- Focus
- Ciri ini juga telah dilancarkan sejak pelancaran Windows 11 tempoh hari.
- Apabila dihidupkan, anda tidak akan diganggu dengan notifikasi.
- Lencana bernombor pada ikon perisian di taskbar juga tidak akan dipamerkan.
- Aplikasi Clock juga akan mengingatkan anda untuk ambil masa rehat.
Ia sudah dilepaskan untuk semua pengguna seluruh dunia namun akan diterima secara berperingkat.
Sumber: Windows
{suggest}