Microsoft akhirnya telah melancarkan versi terbaru sistem operasi komputer Windows 11 kepada umum hari ini.

Microsoft menegaskan, Windows 11 sebagai sistem komputer yang paling selamat pernah mereka hasilkan, jauh lebih pantas, efisyen dan jimat tenaga.

Microsoft menyatakan Windows 11 memberikan lebih ketenangan ketika penggguna menggunakannya.

Menu Start Windows 11 terletak ditengah.

Menjadikan Windows 11 lebih menarik, Microsoft memperkenalkan beberapa ciri baru yang belum ada paa mana-man versi Windows sebelum ini.

Antaranya adalah ciri “Snap Layouts” yang memberikan lebih ruang kepada anda menjalankan pelbagai tugas serentak.

“Snap Layouts”

Windows 11 juga kini lebih mesra dengan pelbagai aplikasi pihak ketiga. Microsoft menyatakan Windows 11 menjadikan sebarang aplikasi laman sesawang lebih pantas dan stabil.

Peminat permainan video dan komputer pasti teruja dengan aplikasi baru Xbox di Windows 11 serta ciri Auto HDR.

Microsoft juga memaklumkan yang mereka telah menambah baik sistem kemas kini Windows dengan menjadikan saiz kemas kini Windows 11 40% lebih kecil.

Stor Aplikasi Windows 11 terbaru.

Selain itu, Microswoft juga memaklumkan bahawa aplikasi Android turut akan hadir di platfom Windows 11. Jadi, apliaksi-aplikasi ppopular sepeti TikTok dan lain-lain akan ditawarkan juga di Windows 11.

Walaubagaimanapun, Microsoft tidak menyatakan bilakah Windows 11 akan ditawarkan kepada semua penggunanya buat masa ini.