Bermula dengan penawaran kemas kini Windows 10 2004 atau juga dikenali sebagai Windows 10 May 2020 Update, Microsoft telah pun memuatkan ciri yang menyekat aplikasi “merepek” (Potentially unwanted app aka PUA) daripada di pasang ke dalam sistem Windows 10.

Walaubagaimanapun, ciri itu tidak diaktifkan secara automatik. Sebaliknya pengguna perlu mengaktifkannya secara manual.

Tetapi Microsoft kini menyatakan bahawa bermala awal bulan ini, ciri Potentially Unwanted App blocking itu akan diaktifkan secara default.

Starting in early August 2021 we’ll begin turning it on by default to make it easier for you to keep your systems performing at their best.” Microsoft

Ciri tersebut akan menyekat sebarang aplikasi yang didapati boleh mendatangkan bahaya kepada sistem operasi Windows daripada di pasang ke dalam sistem komputer.

Microsoft mengesyorkan pengguna supaya tidak dinyah aktifkan ciri tersebut pada komputer mereka.

Tetapi jika anda mahu nyah aktifkannya, anda boleh mengubah tetapannya di bahagian Windows Security app > App & browser control > Reputation-based protection

Sumber: Microsoft

Baca juga: Kemas Kini Windows 10 2004 Kini Ditawarkan Kepada Lebih Ramai Pengguna