Winamp hari ini sudah melancarkan platform mereka, setelah bertahun-tahun membangunkannya.
Buat masa ini, ia hanya boleh diakses melalui pelayar web (web-based) dan bukan perisian/aplikasi.
Aplikasi iOS dan Android akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini manakala untuk Windows dan Mac pula suku seterusnya.
Winamp sekarang bukan lagi Winamp yang dulu
Saya katakan ia bukan lagi Winamp yang dulu kerana setakat versi web-based tersedia hari ini, ia tidak boleh memainkan muzik offline sedangkan itulah fungsi utama Winamp asal.
Selari dengan peredaran zaman, kita faham mengapa Winamp tidak mahu kekal menjadi
Dengan 2 bahagian baru iaitu Fanzone dan Creators, nampaknya generasi Winamp ini menumpukan untuk menjadi tempat menghubungkan peminat dengan artis dengan lebih dekat.
Fanzone ialah seperti Patreon di mana pendengar boleh mendapat akses awal dan beli NFT serta seumpamanya. Winamp di sini akan menguruskan hak cipta, lesen untuk penggunaan komersial dan pengedaran muzik.
Waktu ini, Winamp menyiarkan podcast, stesen radio online dan karya artis yang memuat naik di sana.
Dalam jangka masa panjang, Winamp bercita-cita mahu menjadi tempat untuk kesemua sumber audio termasuklah menjadi penstriman audio seperti Spotify dan memainkan muzik daripada storan peranti seperti Winamp yang dulu
Cuba Winamp baharu
Untuk mencubanya, klik pautan ini – https://player.winamp.com dan daftar/log masuk akaun.
Setakat percubaan singkat saya, pemilihan antara muka ini jelas menampakkan pembaharuan jenama Winamp yang lebih moden dan ringkas, selari dengan cita rasa pengguna hari ini.
Jika anda mahukan nostalgia rekaan seperti Winamp asal, maka anda akan kecewa.
Diingatkan,
Sumber: Winamp