Masih ingat dengan perisian pemain muzik legenda Winamp yang begitu terkenal suatu masa dahulu? Perisian yang dahulunya hanya ada untuk platform komputer kini bakal tiba di platform telefon pintar.
Berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh pembangunnya Llama Group, versi beta aplikasi mudah alih Winamp untuk iOS dan Android sudah pun ditawarkan pada suku pertama 2023.
Llama Group berkata, maklum balas yang diterima daripada pengguna mereka adalah sangat positif. Lantaran itu, mereka merancang untuk melancarkan versi mudah alih Winamp Player pada penghujung tahun 2023 ini.
Exciting news: The Winamp Android & iOS apps are now in closed beta testing with limited seats 🚀
To download the apps:
Android ➡️ https://t.co/flWi5r2w9j
iOS ➡️ https://t.co/WCex3jrA0FYou can share your feedback directly on our Discord server ➡️ https://t.co/M1YbWbdHiC pic.twitter.com/uamR4YwVRq
— Winamp (@winamp) July 5, 2023
Pada Mac 2023 lalu, Pemain Web Winamp turut dilancarkan. Pemain Audio ini membolehkan anda mendengar artis Fanzone, perpustakaan peribadi karya audionya serta banyak radio dan podcast.
Winamp juga melancarkan mod Beta, platform “Winamp For Creators” yang bertujuan untuk menjadi kedai sehenti yang membolehkan artis mengurus keseluruhan pengewangan (monetaryization) karya muzik mereka melalui pengedaran, pelesenan, penciptaan NFT, pengurusan hak cipta dan akses kepada Fanzone yang membolehkan artis menyediakan kandungan eksklusif dengan membuat langganan langsung dengan peminat.
Sehingga kini, “Winamp for Creators” sudah mempunyai lebih daripada 17,000 artis bebas.
{suggest}
Sumber: Llama Group