Will Smith dengan kolaborasi bersama Apple baru-baru ini mengumumkan dua bulan akses percuma bagi langganan Apple TV+ sebagai promosi filem Emancipation yang dibintanginya.
{suggest}
Penebusan dua bulan percuma itu akan memberikan akses kepada semua kandungan Apple TV+, termasuk filem baharu Emancipation. Selepas tamat tempoh percubaan, Apple TV+ akan diperbaharui secara automatik pada harga langganan bulanan, sehingga ia dibatalkan.
Tersedia untuk pelanggan baharu dan kembali (return) yang layak sahaja, dua bulan akses percuma Apple TV+ boleh ditebus melalui apple.co/willgift atau pautan yang disertakan di profil Instagram Will Smith.