Wild Rift Summer Super Cup Asia Tenggara telah pun berlangsung selepas kejayaan pertandingan daerah dan pramusim yang memberangsangkan.

Kejohanan e-sukan yang dianjur Philippine Pro Gaming League (PPGL) ini menampilkan 16 pasukan daripada dua teratas dari lapan negara Asia Tenggara.

Malang sekali, kedua-dua wakil Malaysia, Berjaya Dragons dan Geek Fam gagal melepasi peringkat kumpulan selepas menduduki tempat tercorot semalam.

Bagaimanapun, peminat tempatan masih boleh menyaksikan perlawanan hebat peringkat playoff yang akan membolot hadiah terkumpul sebanyak USD 150,000 (~RM620,850).

Antara yang menjadi tumpuan adalah pasukan Flash Wolves dari Taiwan yang mendominasi peringkat kumpulan tanpa kekalahan serta pasukan kegemaran ramai EVOS Esports Thailand.

Tonton siaran langsung peringkat playoff pada 25 hingga 27 Jun ini di saluran rasmi Facebook, Twitch, dan YouTube PPGL.

Sumber: siaran akhbar Wild Rift

Baca juga – Senarai 18 Pasukan Yang Akan Berentap Dalam Liga Free Fire Malaysia Championship 2021

Baca juga – Dota 2 – The International 10 Mungkin Tidak Jadi Diadakan Di Stockholm