Pengeluar telefon bimbit dari Perancis, Wiko telah memperkenalkan peranti telefon pintar Tommy3 dari senarai Y mereka. Mereka melancarkan peranti tersebut semasa pameran MWC yang diadakan di Barcelona yang lepas.
Wiko menggariskan beberapa fungsi yang ingin diketengahkan mereka untuk peranti ini. Antaranya adalah nisbah skrin 18:9 degan saiz ukuran skrin paparan 5.45″ dan menyokong rangkaian 4G. Ini secara tidak langsung membuatkan peranti kelas kemasukan ini dapat memberikan pengguna kepantasan data di samping tidak mengabaikan aspek-aspek rekaan.
Spesifikasi yang lain termasuk:
- Cip pemprosesan 4 teras 1.3 GHz
- 1GB RAM
- 16GB RAM
- menyokong kad memori Micro SD 128GB
- Bateri 2,500 mAh
- Kamera utama 8MP, kamera hadapan 5MP
- Android 7.1 Nougat
Untuk harga serendah RM 329, anda boleh memiliki peranti Tommy 3 yang akan mula dijual di Malaysia bermula 5 Mac di pengedar sah Wiko. Setiap pembelian akan mendapat jaminan warranti selama 1 tahun bersama-sama 120 hari warranti tambahan dari tarikh pembelian.