Kami pernah melaporkan bahawa beberapa fungsi baharu bakal ditawarkan kepada pengguna WhatsApp pada masa akan datang. Antara yang menarik sekali adalah penggunaan multi-peranti.

Seperti yang anda ketahui, penggunaan WhatsApp di komputer wajib mempunyai sambungan dengan telefon pintar. Namun, selepas ini anda tidak lagi perlu berbuat demikian.

Ini kerana Mark Zuckerberg dan Will Cathcart mengesahkan pada WABetaInfo dimana fungsi WhatsApp Web tanpa sambungan telefon pintar akan hadir dalam masa dua bulan dari sekarang atau secepat yang mungkin.

Malah, WhatsApp juga telah pun mengeluarkan versi percubaan fungsi tersebut kepada pengguna beta.

Melaluinya, penggunaan WhatsApp pada multi-peranti hanya boleh dibuat menerusi WhatsApp Web, WhatsApp Desktop atau Portal sahaja buat masa sekarang.

Bermakna, jika pengguna mahu menggunakan pada telefon pintar yang lain seperti Android atau iOS, ia masih lagi tidak boleh. Tambahan lagi, dengan fungsi ini juga, pengguna hanya boleh membuat panggilan atau menghantar mesej kepada pengguna yang mempunyai aplikasi WhatsApp versi terkini sahaja.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga – Tak Lama Lagi, WhatsApp Akan Ada Ciri Baharu Ini

Baca juga – WhatsApp Web Bakal Hadir Tanpa Sambungan Telefon Pintar

Baca juga – Cara Kurangkan Ruang Storan Yang Diambil WhatsApp Di Telefon