Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

WhatsApp Web Dah Boleh Cipta ‘Sticker’ Sendiri, Ini Caranya

Posted on November 25, 2021

WhatsApp kini sudah melancarkan ciri baharu yang menarik buat penggunanya, iaitu kemampuan mencipta pelekat (sticker) sendiri secara terus dari aplikasinya.

Jika sebelum ini, pengguna perlu menggunakan aplikasi lain untuk mencipta ‘sticker’. Namun, anda kini tidak lagi bersusah payah untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, fungsi tersebut hanya ditawarkan buat WhatsApp for Web atau WhatsApp di komputer terlebih dahulu. Sementara aplikasi WhatsApp Desktop akan tersedia dalam beberapa minggu lagi.

Untuk mencipta ‘sticker’, mudah sahaja. Anda perlu membuka WhatsApp menerusi pelayar web (browser).

Kemudian, pilih mana-mana ‘chats’ dan tekan ikon paperclip. Seterusnya tekan ‘sticker’.

Selepas itu, anda perlu memuat naik gambar dari komputer untuk dijadikan ‘sticker’. Kemudian, suntingan ringkas boleh dilakukan dan akhirnya, terciptalah pelekat anda sendiri.

Akan tetapi, setakat percubaan kami, hanya gambar sahaja yang boleh dijadikan ‘sticker’. Maknanya, gif atau ‘sticker’ yang ada animasi tidak dapat dihasilkan lagi.

Seterusnya, selepas anda menghantar ‘sticker’ itu kepada rakan, anda perlu membuka dari aplikasi telefon pintar untuk menyimpan atau ‘add to favorites’. Selepas itu, bolehlah anda spam ke kumpulan perbualan agar lebih rancak.

Melaluinya juga, berkemungkinan ciri sebegini akan ditawarkan untuk aplikasi WhatsApp di telefon pintar nanti seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sumber: Meta

Baca juga:

  • WhatsApp Sedang Uji Beri Reaksi Pada Mesej

  • Cara Menyembunyikan Status Whastapp Daripada Individu Tertentu

  • Lepas Ini Hanya Orang Terpilih Sahaja Dapat Lihat ‘Last Seen’ Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress