WhatsApp sedang menjalankan sebuah ciri baharu di mana pengguna boleh menetapkan mod “Do Not Disturb”.
Dengan ciri baharu ini, mana-mana panggilan yang terlepas semasa mod ini diaktifkan akan senang dikenal pasti oleh pengguna.
Jika mana-mana pengguna mengaktifkan mod “Do Not Disturb” dan menerima label “Silenced by Do Not Disturb”, maka ciri itu sudah pun tersedia.
Walau bagaimanapun, ia hanya tertera untuk pengguna sahaja dan bukan untuk mereka yang membuat panggilan. Dengan ini, pemanggil tidak tahu jika panggilan itu terlepas oleh kerana mod tersebut.
{suggest}
Seperti biasa, ciri ini akan tersedia untuk pengguna-pengguna beta terlebih dahulu dan akan dikeluarkan secara rasmi pada masa yang akan datang.
Sumber: WABetaInfo
Foto utama: WABetaInfo