WhatsApp dilapor sedang membangunkan sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai Flash Calls. Fungsinya hanyalah satu, iaitu bertujuan untuk pengesahan ketika log masuk WhatsApp.

Baca juga – Ubah Tetapan WhatsApp Ini Segera Bagi Mengelakkan Anda Menjadi Mangsa ‘Scam’

Melaluinya, WhatsApp akan menelefon pengguna dan automatik mematikannya. Ia hanya untuk mengesahkan 6 digit akhir adalah sama yang dihantar dalam log panggilan (call logs) pengguna.

Bermakna, apabila WhatsApp menelefon, semestinya akan ada nombor telefon pihak yang menghubungi. 6 digit akhir itulah yang dibandingkan WhatsApp. Selain itu, nombor telefon yang WhatsApp gunakan adalah sentiasa berbeza.

Pun begitu, ciri tersebut hanyalah pilihan dimana pengguna masih lagi diberi pilihan untuk menggunakan pengesahan tradisional, iaitu kod 6 digit menerusi SMS atau panggilan.

Meskipun begitu, pengguna Apple tidak akan menerima fungsi tersebut kerana Apple tidak mahu sejarah panggilan penggunanya diakses oleh mana-mana pihak. Sesuai dengan privasi yang ditekankan mereka.

Baca juga – Tak Lama Lagi, WhatsApp Akan Ada Ciri Baharu Ini

Sumber: Wabetainfo