Kemas kini pada Android beta versi 2.23.19.8 yang mula dimuat naik semalam memaparkan skrin baru dalam Whatsapp yang dikenali sebagai Third-party chats,Ā lapor WABentaInfo.
Buat masa kini, skrin terbabit masih lagi belum berfungsi namun ciri ini dipercayai merupakan maklum balas Meta; pemilik WhatsApp; terhadap akta EU’s Digital Markets (DMA), yang memerlukan perisian komunikasi seperti WhatsApp untuk berfungsi melangkaui platform (cross-platform).
WABetaInfo semalam mengeluarkan kicauan di Twitter:
š WhatsApp beta for Android 2.23.19.8: what's new?
WhatsApp is working on complying with new EU regulations by developing support for chat interoperability, and it will be available in a future update of the app!https://t.co/XI6zMoOD5P pic.twitter.com/Jpd9Leh2Ki
— WABetaInfo (@WABetaInfo) September 10, 2023
Masih belum ada sepatah kata dari WhatsApp atau Meta mengenai ciri baru ini namun ciri ini mula dihadirkan selepas Meta diklasifikasikan sebagaiĀ gatekeeperĀ dibawah akta terbabit.
{suggest}
Sumber: WABetaInfo