Pada Ogos tahun lalu, WhatsApp mengumumkan ciri “Delete for Everyone” telah ditambahbaik dengan memberikan tempoh yang lebih lama untuk menggunakannya, iaitu sekitar 2 hari 12 jam untuk memadam mesej yang telah dihantar.
Terbaharu, laporan WABetaInfo menyatakan keupayaan memadam mesej untuk semua dalam tempoh lebih lama kini tidak lagi tersedia di WhatsApp untuk iOS.
{suggest}
Namun, tinjauan mendapati tidak hanya melibatkan peranti iOS, malah versi web dan Android juga menerima nasib yang sama.
It is not available anywhere. The limit is decreased on Web as well as my Android.
I am not even on Beta,
— Amay Jain (@BrajBliss) February 2, 2023
Sebagai pengesahan, saya turut menyemaknya melalui WhatsApp untuk iOS serta versi web, dan mendapati tempoh memadam mesej untuk semua kini dihadkan kepada kurang 1 jam 10 minit.
Dalam pada itu, WhatsApp belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut, buat masa ini.