Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

WhatsApp Kelak Mungkin Bolehkan Pengguna Berhubung Tanpa Tahu Nombor Telefon

Posted on Mei 26, 2023Mei 26, 2023

Bagi menambah baik penawaran dalam aplikasi pemesejannya, WhatsApp kini dilapor sedang membangunkan ciri baharu, iaitu username atau nama pengguna.

{suggest}

Menerusi perkongsian WABetaInfo, ia memperlihatkan ciri nama pengguna itu akan tersedia melalui tetapan profil di WhatsApp.

Dengan keupayaan untuk memilih nama pengguna kelak, ia memberikan privasi tambahan pada akaun mereka. Selain itu, ia juga membolehkan carian kenalan tidak hanya bergantung semata-mata pada nombor telefon.

WhatsApp mungkin membenarkan pengguna menjangkau dan berkomunikasi melalui nama pengguna, seperti yang tersedia di aplikasi Telegram. Sekali gus, ia dapat melindungi nombor telefon pengguna, atau mungkin penggunaannya akan menjadi lebih meluas.

Mengambil kira ia dalam pembangunan, masih terlalu awal untuk memahami bagaimana ciri ini akan berfungsi kelak. Ciri nama pengguna di WhatsApp dijangka akan tersedia buat penguji beta tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress