Menurut satu akaun twitter @WABetainfo, Whatsapp mungkin menambah dua ciri baru pada platform pemesejan segera tersebut.
Khabar angin yang belum dapat dipastikan kesahihannya ini memberitahu bahawa dua ciri yang bakal ditambah pada kemaskini masa hadapan Whatsapp adalah:
- Tukar nombor
- Lokasi sebenar
Ciri ‘Tukar Nombor’ sudahpun dimasukkan kedalam Whatsapp beta versi 2.17.130 untuk pengguna Windows Phone dan juga Windows 10 Mobile.
Ada yang meramalkan ia bakal dimasukkan ke platform Android tidak lama lagi.
Ciri Tukar Nombor membolehkan pengguna menukar nombor telefon tanpa kehilangan perbualan terdahulu atau data kumpulan.
Anda turut diberi pilihan sama ada untuk memberi notifikasi ataupun tidak kepada senarai kenalan Whatasapp.
@WABetainfo turut mendakwa bahawa ciri Lokasi Sebenar ada dimasukkan kedalam kemaskini Whatsapp Android 2.17.150 versi Beta.
Tidak banyak yang diketahui mengenai ciri ini, tetapi mungkin ia akan mirip seperti ciri yang diperkenalkan oleh Google Maps.
Sumber: WABetainfo