Polemik politik negara yang belum berakhir selepas peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin bakal berakhir tidak lama lagi selepas para Ahli Dewan Rakyat telah diarahkan oleh istana untuk menyerahkan nama calon Perdana Menteri Ke-9 yang baharu dengan menulis surat.

Kesemua surat dari para ahli dewan perlu dihantar selewat-lewatnya pada hari Rabu (esok) 18 Ogos 2021 sebelum jam 4.00 petang.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian media adalah notis Parlimen Malaysia yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta ahli-ahli dewan menghantar surat bertulis itu menerusi aplikasi WhatsApp.

Notis tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter Norman Goh.

 

Nampaknya aplikasi WhatsApp kini menjadi sebahagian penting dalam demokrasi negara kita.

Tetapi ahli dewan juga boleh menghantar surat bertulis mereka itu melalui talian faks dan juga e-mel.

Dalam notis tersebut menjelaskan langkah ini diambil bagi mengelakkan penularan Pandemik COVID-19 di Istana Negara.

Jadi, siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri Ke-9 Malaysia? Sam-sama kita nantikan esok.

Sumber: Twitter Norman Goh