Ciri mesej menghilang telah pun ditawarkan kepada pengguna WhatsApp sejak lewat tahun lalu di mana pengguna WhatsApp boleh menetapkan mesej yang diterima mereka dipadam secara automatik selepas 7 hari.

Kemudian pada awal tahun ini pernah dilaporkan tentang ciri mesej menghilang selepas 24 jam yang sedang dibangunkan oleh WhatsApp.

Tetapi sehingga kini ciri tersebut masih belum tersedia ditawarkan kepada semua penggunannya.

Namun begitu kini WhatsApp dilaporkan pula sedang membangunkan ciri mesej menghilang untuk tempoh 90 hari pula.

Daripada tangkap layar yang dikongsikan oleh laman wabeta info, ciri baru ini sekaligus memberikan pengguna WhatsApp lebih pilihan bagi menetapkan mesej menghilang secara automatik selepas tempoh 24 jam, 7 hari atau 90 hari.

Tetapan ciri mesej menghilang ini dijangka akan ditawarkan kepada semua penggunanya dalam tahun ini juga.

Sumber: wabeta info

Baca juga: WhatsApp Perkenal Ciri Mesej Menghilang РMesej Dipadam Secara Automatik Selepas 7 Hari

WhatsApp Bakal Tawar Mesej Menghilang Dalam Tempoh 24 Jam