WhatsApp sejak beberapa tahun ini telah menambah baik tetapan pada ciri privasi penggunanya.

Antaranya adalah tetapan Privasi Terakhir dilihat, Foto profil dan Info. Dalam tetapan 3 privasi itu, pengguna WhatsApp boleh pula menetapkan untuk membenarkan rakan WhatsApp lain melihat Terakhir dilihat, Foto profil dan Info mereka.

Walaubagaimanapun pilihan tetapan privasi tersebut hanya terhad kepada Semua orang, Kenalan saya dan Tiada sesiapa sahaja.

Tetapi kini WhatsApp dilaporkan akan menambah pilihan tetapan yang akan membolehkan penggunanya menetapkan secara khusus pada tetapan Privasi Terakhir dilihat dengan menambah pilihan Kenalan saya kecuali…

kredit: Wabetainfo

Pilihan tetapan ini juga dijangka akan turut ditawarkan pada Privasi Foto profil dan Info.

Namun begitu, tetapan pilihan tambahan ini bukanlah suatu yang baharu pada pengguna WhatsApp kerana tetapan pilihan Kenalan saya kecuali… ini sudah pun ditawarkan lebih awal pada tetapan Privasi status.

Ciri terbaru ini dijangkakan akan diperkenalkan pada pengguna WhatsApp diplatfom iOS dan Android tidak lama lagi.

Sumber: Wabetainfo