Bolehlah beli telefon baru…
WhatsApp menerusi laman blognya baru-baru ini telah mengemaskini senarai versi peranti-peranti pintar terdahulu yang bakal tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.
Peranti-peranti tersebut termasuklah peranti pintar yang menggunakan sistem Windows, Android dan iOS.
Berikut adalah senarai terbaru peranti pintar yang tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp berserta tarikh akhir penamatannya:-
- Kesemua telefon pintar Windows tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp selepas 31 Disember 2019
- Kesemua peranti Android yang menggunakan sistem operasi Android versi 2.3.7 dan terdahulu tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp selepas 1 Februari 2020
- Peranti iPhone yang menggunakan versi iOS 7 dan terdahulu tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp selepas 1 February 2020
Sebelum ini, aplikasi WhatsApp telah lebih awal ditamatkan sokongannya terhadap peranti-peranti berikut selepas tahun 2016:-
- BlackBerry OS dan BlackBerry 10
- Nokia S40
- Nokia Symbian S60
- Android 2.1 dan Android 2.2
- Windows Phone 7
- iPhone 3GS/iOS 6
- Nokia Symbian S60 (tarikh akhir aplikasi WhatsApp boleh digunakan, 30 Jun 2018)
- BlackBerry OS dan BlackBerry 10 (tarikh akhir aplikasi WhatsApp boleh digunakan, 31 Disember 2017)
- Nokia S40 (tarikh akhir aplikasi WhatsApp boleh digunakan, 31 Disember 2018)
P/s: Aplikasi WhatsApp pertama kali dilancarkan dalam tahun 2009. iPhone adalah peranti terawal yang menyokong aplikasi tersebut. Hanya setahun selepas itu barulah aplikasi WhatsApp boleh digunakan pada peranti Android.