Nanti share gambar dekat Telegram“, ini adalah antara ayat yang sering digunakan bagi pengguna yang mahu menghantar gambar di WhatsApp.

Walaupun ada cara lain untuk menghantar gambar tanpa kualiti dikurangkan seperti menghantarnya dalam fail dokumen, ia sebenarnya tidak cukup praktikal.

Namun, selepas ini pengguna tidak lagi perlu berbuat demikan. Hal ini kerana laporan dari WABetaInfo, WhatsApp sedang membangunkan ciri bagi membenarkan gambar dihantar pada kualiti yang terbaik.

Ciri ini mirip dengan kualiti video yang turut dibangunkan dimana terdapat 3 pilihan yang boleh dibuat – Auto, kualiti terbaik (best quality) dan penjimatan data (data saver).

Sudah lama pengguna mahukan ciri ini di WhatsApp memandangkan aplikasi tersebut sememangnya popular dan tetap akan digunakan ramai orang.

Buat masa sekarang, ia mungkin akan dilepaskan buat pengguna beta terdahulu dalam masa terdekat.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga – WhatsApp Akhirnya Akan Tawar Ciri Baharu Yang Ditunggu-Tunggu

Baca juga – WhatsApp Sedang Bangunkan Ciri Baharu, Tapi Untuk Android Sahaja

Baca juga – Mungkin Ini Sebabnya Mengapa WhatsApp Tidak Menyekat Anda Daripada Membuat Tangkap Layar Mesej Di Platfom Mereka