Sebelum ini, Facebook merancang untuk membawakan ciri pembelian dalam aplikasi melalui WhatsApp. Terbaru, Facebook mengumumkan ciri “Add to Cart” telah tersedia di aplikasi WhatsApp.

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna melayari katalog dan memilih pelbagai produk. Seterusnya, membuat pesanan sebagai satu mesej di WhatsApp Business.

Ciri ini turut memudahkan peniaga untuk mengesan pesanan, menguruskan permintaan daripada pelanggan dan menghasilkan jualan.

Untuk penggunaan ciri ini, pelanggan hanya perlu mencari produk yang dikehendaki dan tekan pada “add to cart”. Setelah selesai, hantar pesanan tersebut sebagai satu mesej.

Bagi anda yang ingin menggunakannya, ciri ini telah mula dilepaskan secara berperingkat. Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini.

Sumber: Facebook