Selepas tempoh tertentu, anda mungkin pernah terfikir untuk memadam semula mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp. Namun, disebabkan tempoh lebih kurang satu jam yang diberikan telah tamat, mesej tersebut tidak dapat dipadam.
Terkini, WhatsApp mengumumkan ciri “Delete for Everyone” sudah ditambahbaik di mana ia memberikan tempoh lebih lama, iaitu sekitar 2 hari 12 jam untuk memadam mesej yang telah dihantar.
💠Rethinking your message? Now you’ll have a little over 2 days to delete your messages from your chats after you hit send.
— WhatsApp (@WhatsApp) August 8, 2022
Untuk menggunakan ciri tersebut, pengguna hanya perlu membuka mesej yang ingin dipadam, seterusnya tekan pada “Delete” dan pilih “Delete for Everyone”.
{suggest}
Perlu diketahui, sebelum memadam mesej, semua penerima mesej berkenaan perlu mengemas kini versi WhatsApp yang baharu untuk memastikan ciri ini berfungsi dengan baik.