Dalam tahun 2022, banyak juga ciri baharu diperkenal WhatsApp. Will Cathcart iaitu Ketua WhatsApp, mengatakan 2022 sebagai tahun inovasi terbesar di WhatsApp.
“2022 ialah tahun terbesar kami. Pasukan kami teruja untuk membangunkan Communities, Reactions, Polls, Avatars, panggilan video 32 orang dan banyak lagi. Terima kasih semua yang memberi maklum balas untuk menambah baik WhatsApp. Banyak lagi yang menanti untuk 2023!”
{suggest}
Berikut ialah lebih 20 ciri baharu dan ditambah baik sepanjang tahun lalu:
- Sembunyi status ‘dalam talian’ atau ‘online’
- Keluar kumpulan senyap-senyap
- ‘Undo’ mesej yang dipadam
- Komuniti
- Undian dalam kumpulan
- Had ahli kumpulan dinaikkan sehingga 1,024 orang daripada 256
- Kebolehan pentadbir kumpulan untuk padam mesej
- Perkongsian fail sebesar 2GB
- Reaksi
- Panggilan video yang boleh disertai sehingga 32 orang
- Kebolehan mendiamkan pengguna lain dalam panggilan video kumpulan
- Mesej pengguna spesifik secara berasingan semasa panggilan video kumpulan
- Pautan untuk menyertai panggilan video kumpulan
- Notifikasi bila pengguna baru sertai panggilan video kumpulan
- Kebolehan memainkan audio luar ruang sembang
- Kebolehan menjeda dan sambung semula ketika merakam suara
- Draf nota suara
- Kebolehan untuk semula playback nota suara selepas ditinggalkan
- Kelajuan 1.5x dan 2x semasa memainkan mesej suara
- Avatar sebagai gambar profil dan sticker
- Status dalam senarai perbualan
- Pengenalan ‘message diri sendiri’ secara rasmi
- Pemindahan data WhatsApp daripada Android ke iOS dan sebaliknya
Kami juga sering berkongsi ciri-ciri baharu WhatsApp yang diuji pada versi Beta sebelum ia disediakan secara rasmi pada pengguna awam.
Diharapkan WhatsApp akan terus membawa lebih banyak ciri yang berguna pada tahun ini kerana pesaingnya, Telegram juga semakin kerap keluarkan ciri baharu.
Sumber: Siaran akhbar WhatsApp