Bulan lalu, WhatsApp sudah pun menguji ciri menghantar gambar pada kualiti tinggi buat pengguna beta. Kini, ciri tersebut akhirnya ditawarkan buat semua.

Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu pergi ke Settings>Storage and Data>Media Upload Quality.

Di sini, terdapat tiga pilihan yang ditawarkan – Auto, kualiti terbaik (best quality) dan penjimatan data (data saver). Apabila anda memilih kualiti terbaik, saiz gambar akan jadi lebih besar dan mengambil masa ketika menghantarnya.

Bagaimanapun, buat masa sekarang hanya media gambar sahaja yang mempunyai tetapan sebegitu. Sementara kualiti video dihantar masih belum kelihatan.

Tambahan lagi, jika anda tidak menerima fungsi ini lagi, mungkin ia akan ditawarkan dalam masa terdekat.

Walau apa pun, kualitinya mungkin tidak setanding yang dihantar sebagai fail atau dokumen tetapi tetap ada peningkatan kualiti pada gambar.

Baca juga: