Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

WhatsApp Communities Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna

Posted on November 4, 2022

WhatsApp telah mengemas kini ciri Communities yang terbaru dan ianya boleh diakses oleh semua pengguna di Malaysia.

Ciri ini menghubungkan pengguna di WhatsApp dengan kumpulan-kumpulan yang utama bagi mereka. Ianya sudah dikeluarkan dan boleh digunakan untuk pengguna di seluruh dunia.

Communities membantu untuk mengumpulkan kumpulan-kumpulan relevan kepada satu komuniti yang sama. Antara kumpulannya adalah termasuk kejiranan, tempat kerja, sekolah dan macam-macam lagi.

Dalam Communities, pengguna boleh sahaja menukar kumpulan yang sedia ada untuk mengumpul maklumat yang mereka perlukan. Admin juga bertanggungjawab dalam memberi sebarang notifikasi mahupun maklumat yang ahlinya perlukan di Community.

Ciri Communities mempunyai tahap keselamatan dan privasi yang tinggi. Malah, semua perbualan akan dijaga melalui by end-to-end encryption.

Beberapa kelebihan yang ada di dalam Communities adalah undian di dalam perbualan, panggilan video sehingga 32 orang dan juga kumpulan perbualan yang mampu mencapai 1024 ahli.

Terdapat juga ciri-ciri lain yang tersedia sama seperti dalam kumpulan lain tetapi ianya kelihatan lebih berguna apabila di dalam Communities.

Pengguna Android boleh sahaja menjumpai ciri ini di tab yang terletak pada atas perbualan. Manakala pengguna iOS pula boleh menjumpainya di bawah perbualan.

WhatsApp akan sentiasa menambaikkan semula ciri-cirinya sama ada yang sudah sedia ada mahupun yang baharu. Pada masa yang sama, syarikat ini akan sentiasa mendengar setiap maklum balas daripada penggunanya untuk kebaikan aplikasi komunikasi utama ini sentiasa maju pada masa yang akan datang.

Sumber: Siaran Akhbar WhatsApp

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress