WhatsApp kini mengumumkan WhatsApp Chat untuk pengguna aplikasi pemesejan itu.
{suggest}
Untuk pengetahuan, WhatsApp Chat adalah berlainan daripada WhatsApp Channel.
Ia merupakan chat rasmi daripada WhatsApp, yang menyediakan perkongsian mengenai tips dan ‘trick’ terkini serta ciri keselamatan baharu secara terus di platform itu.
Dengan itu, ia menjadikan pengguna lebih tahu mengenai ciri-ciri baharu yang tersedia di WhatsApp.
Secara default, WhatsApp Chat ditetapkan dalam mod senyap.
🆕 🆕 🆕
Introducing WhatsApp Chat 💬 — our official chat where we’ll share the latest tips, tricks, product and privacy updates that make WhatsApp even better for you.
Keep an eye out 👀 for our first chat about two-step verification 🔒 pic.twitter.com/XUcxIOz37L
— WhatsApp (@WhatsApp) July 20, 2023
Chat rasmi daripada WhatsApp ini dijangka akan tersedia kepada pengguna secara berperingkat.
Sumber: WhatsApp