WhatsApp sebelum ini sedia menawarkan ciri mesej menghilang dalam tempoh 24 jam. Kini, WABetaInfo melaporkan aplikasi ini bakal memberikan tempoh menghilang lebih lama.

Jika dahulu, ia terhad kepada 24 jam atau 7 hari sahaja dan akan datang, ia membenarkan sehingga 90 hari. Selain itu, terdapat juga tetapan pemasa mesej lalai (default message timer).

Apabila pengguna mengaktifkan fungsi tersebut, perbualan yang baru dicipta (new message) akan mengikut tetapan mesej menghilang berdasarkan tetapan yang sudah dibuat.

Tambahan lagi, rupa ‘chat bubbles’ juga akan direka semula yang mana warnanya lebih gelap, saiz lebih besar dan lebih bulat berbanding yang lama.

Buat masa sekarang kesemua ciri baharu ini hanya tersedia buat pengguna beta terlebih dahulu dan dijangka ditawarkan untuk pengguna umum tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo [1,2]

Baca juga: