Laporan terbaru daripada WABetaInfo menyatakan WhatsApp kini sedang membangunkan ciri memberikan reaksi mesej (message reactions).

Seperti namanya, pengguna boleh memberi emoji terhadap mesej yang dihantar. Mirip yang ada di iMessage, Instagram, Twitter, Messenger mahupun Signal.

Fungsi ini dikatakan bakal ditawarkan buat pengguna iOS dan Android tidak lama lagi. Namun, setiap pengguna harus mengemaskini pada versi terbaru. Jika tidak, WhatsApp akan memaparkan mesej bahawa anda sedang menggunakan versi WhatsApp yang lama.

Sumber: WABetaInfo

Foto utama: XDA

Baca juga: