WhatsApp kini dilaporkan dalam fasa pembangunan untuk meningkatkan keselamatan bagi data sandaran (backup data). Bagi membolehkan data tersebut mempunyai penyulitan hujung ke hujung (E2E), ia akan menggunakan tetapan kata laluan.

Menurut tangkap layar yang dimuat naik oleh WABetaInfo, kata laluan boleh ditetapkan oleh pengguna bagi mengelakkan akses tidak sah ke sandaran iCloud Drive pengguna. Kata laluan ini akan diperlukan semasa pengguna melakukan restore untuk sandaran data tersebut.

Sementara itu, untuk menetapkan kata laluan, pengguna perlu memasukkan nombor telefon bagi tujuan pengesahan. Memandangkan kata laluan tersebut merupakan privasi pengguna, WhatsApp tidak dapat memulihkan kata laluan jika pengguna terlupa kata laluan tersebut.

Buat masa ini, ia masih dalam fasa pembangunan dan dijangka akan tersedia untuk kemas kini akan datang untuk peranti iOS dan Android.

Sumber: WABetaInfo