Ketika ini, jika anda menandakan perbualan individu atau kumpulan sebagai Archive di aplikasi WhatsApp, semua perbualan akan dipindahkan keArchived Chat”. Bagaimanapun, apabila ada mesej baharu diterima, perbualan tersebut akan kembali di ruangan Chats yang kadang-kadang membuat anda terganggu.

Terbaru, WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri Archived yang baharu. Melaluinya, pengguna mempunyai pilihan untuk membisukan kiriman yang diterima dari Archived Chat

Sebagai contoh, anda telah memindahkan perbualan individu A ke Archived Chats. Kemudiannya, anda menyahaktifkan fungsi “Unarchive Chats” di bahagian suntingan tetapan Archive.

Archive Chat WhatsApp

Dengan itu, jika anda menerima mesej baharu daripada individu A, mesej tersebut akan kekal di Archived Chats dan tidak akan terpapar pada ruangan utama perbualan.

Bagaimanapun, pengguna diberi pilihan untuk memilih tetapan tersebut mengikut keperluan.

Buat masa ini, ciri berkenaan masih dalam fasa pembangunan dan akan diperkenalkan untuk kemas kini akan datang.

Sumber: WABetaInfo