Walaupun WhatsApp merupakan aplikasi permesejan popular tetapi ia masih jauh lagi ketinggalan dari segi ciri-ciri menarik jika nak dibandingkan pesaing terdekatnya, Telegram.

Terbaharu, WABetaInfo melaporkan WhatsApp bakal menawarkan ciri baharu yang amat dinanti-nantikan pengguna, iaitu menghantar video dengan kualiti tinggi.

Seperti diketahui, kualiti gambar atau video yang dihantar di WhatsApp amatlah teruk kerana saiz fail dikecilkan. Selain itu, maksimum saiz video yang dihantar juga hanya 16MB.

 

Namun, selepas ini pengguna mempunyai 3 pilihan kualti video sebelum menghantarnya, iaitu:

  • Auto – WhatsApp akan memilih kualiti apa yang baik bagi video yang dihantar
  • Best quality – WhatsApp akan sentiasa menghantar kualiti yang terbaik
  • Data saver – Video akan dikecilkan sebelum dihantar

Bagaimanapun, ciri ini masih lagi dalam pembangunan dan mungkin akan ditawarkan tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga – Cara “Unlist” Nombor Telefon Anda Dari Truecaller

Baca juga – WhatsApp Web Tanpa Sambungan Telefon Akan Tiba Tak Lama Lagi

Baca juga – WhatsApp Sedang Bangunkan Ciri Baharu, Tapi Untuk Android Sahaja